Thursday, December 4, 2008

Lawatan ke Kota Kinabalu






Pada 8hb November 2008,sekolah saya iaitu SK.Luagan telah menganjurkan satu lawatan khusus untuk tahun enam. Kami dibahagi 12 kumpulan dan saya telah terpilih untuk menganggotai kumpulan 10. Kami melawat Merintim,UMS dan Hidupan Liar Lok Kawi.
Mari kita lihat sedikit gambar saya semasa di lawatan tersebut.

Meriahnya Hari Raya Tahun Ini..






Pada hari raya tahun ini,saya beraya bersama keluarga dan sanak-saudara baik di Baginda mahupun di Mawao..Hmm...,hari raya tahun ini saya mendapat duit raya yang agak banyak.. Bolehlah sy pergi membeli-belah menggunakan duit itu nanti..Mari kita lihat sedikit gambar saya sewaktu merayakan sambutan hari raya.

Sunday, November 23, 2008

Monday, July 7, 2008

Pengalaman Di One Borneo








Pada hari Sabtu yang lepas (5 Julai 2008), saya dan keluarga berpeluang pergi shopping di One Borneo iaitu pusat membeli-belah yang terbesar di Sabah dan mungkin antara yang terbesar di Malaysia.

Tetapi, One Borneo belum siap sepenuhnya dan masih banyak lagi lot kedai yang masih dalam pembinaan. Pengalaman di One Borneo yang paling manis adalah apabila saya bejumpa dan bergambar dengan badut. Ayuh kita kongsikan bersama tentang pengalaman di One borneo. Mari kita lihat gambar-gambar saya dan adik di One Borneo.

Sunday, June 29, 2008

Kelas Tambahan UPSR

Hi kawan-kawan. Mulai minggu ini saya berpeluang mengikuti Kelas Tambahan UPSR setiap Sabtu di SK Pasir Puteh bermula jam 8.00 pagi hingga jam 12.00 tengah hari.

Nampaknya, saya sekali lagi berpeluang menemui kawan-kawan lama di SK Pasir Puteh seperti Syazana, Farah, Fatin, Syafiqah, Marvell, Intan dan lain-lain.

Orang kata, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain...

Saturday, June 14, 2008

Thursday, June 12, 2008

Fesyen







Mari kita berbincang mengenai trend fesyen terkini! Jenama apa yang paling diminati? Dan apakah kebaikan dan keburukan terlalu mengikut fesyen semasa?


Monday, June 9, 2008

UPSR 2008

Hi kawan-kawan. Tak lama lagi kita semua akan menghadapi UPSR pada bulan September ni. Sudah bersedia? Harap kita dapat bertukar-tukar fikiran selalu.

Saturday, June 7, 2008

Cuti-cuti Malaysia

Hi kawan-kawan! Pi mana masa cuti ni? Melancong ke? Nana pun baru jak melawat tempat-tempat menarik di sini antaranya berkelah di Pamilaan, balik ke kg. Mawao dll.

Kongsilah sedikit mengenai percutian kawan-kawan..